~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Nov-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Honeymoon di Cameron Highland Hari Ke Tiga

Sarap pagi ni Roti Canai ler..
Last Time kat bilik, ambik gambar dulu..
Ambik gambar berdua lak..
Ayang sayang Abang
Abang pon sayang Ayang
Peti Ais, macam-macam ada, tapi semua kena bayar..
Beli Survernier kat sini ok..
Depan TRFC pon sempat bergaya
Signboard TRFC
Alamak, tak sempat nak buang sampah depan tuh..
Pantang jumpa Signboard.. hehe..
Abang pon sama..
gi Cactus point lak... apa ada kat sini..
Apa-apa hal bergambar dulu..
Carik Cactus pon ok gak..
Yang Cactus tahap Bapak diaorang..
Cantik tak?
Bunga ni favourite aku..
ewahh.. ayunya..
Menyorok sikit...
Nampak pon lebah tu.. kat Bee Farm..
Ngan lebah lagi..
Abang la pulok..
Ayang pon nak ambik gambar gak..
Sebok je lebah kat belakang tuh..
Beli Madu sikit...
Depan Signboard wajib bergambar nih.. hehe..
Ladang teh kat Tanah Rata..
Pegang sikit Signboard tuh..
En. Batu tolong ambikkan gambar
Ambik je gambar orang tengah takde tuh..
Abang plak ambik gambar..
Depan Kedai Teh pon ok gak..
Ish.. Lighting tak betul la nih..
Permandangan kat Cameron Valley..
Cunnyerr..
 
Ada lagi Signboard...
 
 
Ada waterfall lagi..
Duduk-duduk rehatkan badan..
Gambar berdua.. Romantiknya..
Jejaka Melayu Terakhir..
Wanita Melayu Terakhir..
Balik singgah Lata Iskandar dulu..
Nasib baik ada en. Batu tolong ambikkan gambar..
Lawanya yang kat depan tuh..
Cantiknya..
Encemnyerr...
Check ada pencemaran tak..
Bergaya lagi..
Babai Lata Sekandaq...
Esok-esok kitaorang datang lagi... bye.. bye..
Hari Ketiga (1/11/2006)

Hari ni rasa sedih sikit pasal last day kat sini. Bangun awal jugak, tak tau nak sarapan kat mana pagi nih, last-last check Medan Selera kat bawah time Dinner malam tadi. Alhamdullillah, ada jugak yang bukak. Kalau tau macam ni, tak payah ambik Breakfast ngan Dinner kat Hotel. Lagi sedap, selera kampung la katakan. Pagi ni kitaorang belasah Roti Canai ngan Nasik Lemak. Lupa nak ambik gambar nasik lemak pasal dah lapar punya pasal.


Sarapan Roti Canai

Lepas sarap, kitaorang naik atas bilik ambik gambar untuk kali terakhir. Barang dah kemas malam tadi, so kitaorang turun je terus untuk checkout pada pukul 9.15 pagi. Kalau nak ikutkan boleh checkout kol 12.00 tgh, tapi maleh nak naik sini dah. Bye bye Hotel Rainbow...

Lepas betul-betul checkout, kitaorang pon pegi Tanah Rata untuk carik Keychain Buah-buahan untuk jadi survenier kengkawan nanti... Survey punya survey, kitaorang jumpa satu tempat tu je yang jual Keychain tu dengan harga 13 Bijik RM10. Yang lain, paling banyak pon 12 Bijik RM10. Nama kedai dia Kayliz Enterprise, betul-betul kat Tanah Rata Food Court. Kitaorang borong RM30 sekaligus sekali ngan Pensil Giant dia kasi free 2 Batang. Kira puas hati la.. Masih tak puas hati pasal tak dapat carik harga Bantal Strawberry yang lagi murah dari Akak semalam tu. Paling murah kitaorang jumpa kat Tanah Rata, RM28, tawar-tawar dapat RM23. Masih takleh lawan Akak semalam tu punya harga. Ambik gambar lebih kurang, pastu jalan lagi...


Beli kat sini la cenderamata...

Sempat singgah Signboard besar Cameron Highlands... Ambik gambar la, apa lagi... Nanti korang tak cayer lak... hehe... Dah rancang dah malam tadi nak carik Cactus lagi, beli semalam macam tak cukup. Kitaorang singgah tempat yang free masuk, maleh nak pegi Cactus Valey dah. Kitaorang jumpa Signboard Cactus point, so, masuk la kat situ tengok apa yang ada. Cuma kena jalan jauh jugak pasal keta takleh masuk dalam. Tengok-tengok apa yang murah jual situ, ada gak murah... Magnet Cameron Highlands kat situ jual 4 bijik RM10. Tempat lain 3 Bijik RM10. Pastu Lolipop Strawberry pon murah kat sini... 10 Batang RM4 jer, Tempar lain RM5. Kitaorang borong banyak gak kat sini.. Beli Pokok Bunga Kekwa hidup, RM4 sepasu. Masih hidup segar sampai hari ni. Tapi ada kat rumah mak mertua, kalau balik nanti aku upload gambar kat sini. Pastu kitaorang beli Bunga Padi kat situ. Yang ni harga standard 4 bijik RM10. Lepas borong macam-macam tu, kitaorang naik atas balik, seberang jalan. Kat situ Market yang kitaorang jumpa masa mula-mula datang dulu tu. Kat sini pon ada jual macam-macam. Cactus pon ada jual, lagi cantik-cantik kat sini. Harga standard 6 Bijik RM10 (Saiz kecil).

Pasal cuaca clear, kitaorang ingat nak pegi balik Bee Farm pasal tak jalan lagi kat taman bunga dia. Ok jugak kat sini, tapi kitaorang dah tak larat nak jalan jauh-jauh. Separuh jalan jer... Pastu aku beli madu RM10 sebotol. Ingat nak pegi Rose Farm pasal tak pegi lagi, tapi pasal kaki dah tak bermaya, lagipon perut dah memulas kelaparan pasal dah dekat pukul 12.30 tgh dah masa tu. Sebelum bertolak balik, singgah dulu Pasar semalam tu. Beli sayur ngan macam-macam bunga. Strawberry Kering pon agak murah kat sini. Pastu aku beli Jem Strawberry.

Tak tau nak makan kat mana sebetulnya, singgah dulu kat Brinchang, lupa nak ambik Pamplet Hotel kitaorang tu... uiiii... Kenangan tuh... Singgah balik kat akak Semalam tu, masih nak Nego pasal harga bantal Strawberry tuh... eii... Selagi tak dapat, takleh tidor malam... Akak tu boleh kenal dah kitaorang... dia boleh cakap "Aii... Datang balik...". Nasib baik aku dapat cover sikit, cakap hari ni last day, so, nak jugak la beli bantal tu.. Bodek lagi akak tu, kalau beli dua berapa. Mula-mula dapat la RM39. Last-last atas kebijaksanaan aku memutarbelit ayat, dapatla dua bijik bantal tu dengan harga RM38. hehe... Puas hati aku... Dah dapat apa yang dihajati, kitaorang pon apa lagi, jalanla.. Perut pon dah lapar...

Teringat balik tempat Food Court kat Tanah Rata, kitaorang cadang nak makan kat situ je la... Sorry, pasal lapar sangat lupa nak ambik gambar apa yang kitaorang makan tghari tuh.. Rasa macam nak kena Gastrik dah rasanya. Makanan laut macam mahal sikit la kat situ. Mungkin pasal jauh dari laut, tu pasal mahal.

Dah puas dah semua, barulah kitaorang berangkat balik... Sedih rasanya meninggalkan Cameron Highlands... Pasal kitaorang pegi tadi ikut Jalan Simpang Pulai, balik ni nak merasa jugak jalan Tapah. Tangok Km dia, kalau ikut Tapah jauh lagi dekat. Ada beza dalam 50Km la.. So, jom kita balik rumah....

Nampak lak ladang teh tepi-tepi jalan tuh... Cantiknya... Sampai kat Cameron Valley, tak boleh jadi ni, kena teruskan operasi bergambar sambil berehat kat sini. Best, walaupon kecik sikit kalau nak banding ngan BOH sungai Palas, tapi view kat sini lagi cantik. Masuk kedai beli barang lagi... hehe...

Dah puas lepak-lepak kat situ, barulah kitaorang betul-betul berangkat balik... Ye ker perhentian terakhir? hehe... Jeng! Jeng! Jeng!.... Peeehhh... pening kepala ikut jalan nih, nasib baik aku jenis tahan muntah gak. Wife aku tengok dari tadi tahan Muntah. Nasib baik tak muntah langsung. Kira lagi terror la dari Delima hehe..

Lebih kurang jam 3.30 ptg kitaorang dah sampai kat Hutan Lipur Lata Iskandar. Tak boleh tahan la, nak kena berenti gak. Bukan takleh tahan nak muntah, tapi nak bergambar.. hehe.. Ambik gambar lebih kurang je pasal hari dah agak lewat. Nanti sampai malam lak rumah mak. Malam nanti dah nak balik Shah Alam. Ambik dalam 10 keping gambar jer...

Sampai kat Perhentian Tapah berenti lagi, Bukan apa, membuang apa-apa yang patut. Minum dulu bagi tambah tenaga. Rehat jap, pastu baru bertolak balik.. Sampai rumah dalam pukul 5.30 Petang. Letih ooo... Sampai-sampai je aku terus baring macam nak tidur jer... orait... habis pon citer aku... Kalau korang ada pengalaman kat sana gak, boleh la email aku kat hisza03@gmail.com. Chow dulu... Lain kali kita pergi Melaka lak orait... bye...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net