~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Oct-2006 07:05 Email | Share | Bookmark
Honeymoon di Cameron Highland Hari Ke Dua - Bahagian 1

Tengah tunggu sarapan...
Bila mau sampai daa?
Jam Strawberry
Jam Oren
Sarapan - Full Version
First Picture kat Cactus Valey...
Abang le pulok...
En. Batu, tolong ambik gambar...
Peeewwiiittt....
Cantik tak bunga tu..? Cantik lagi Ayang I sebelah tuh..
En. Batu, tolong ambikkan gambar lagi...
En. Simen lak tolong ambik gambar...
Pasangan Ideal...
Cheewwahh...
Permandangan dari atas Cactus Valley
ada lak rumah kat Cactus Valley
En. Simen ambik gambar salah angle..
Sebelah cactus tinggi tuh..
Cactus Valley lagi...
Aii.. En. Batu pon nak enterprem ker?
Cantiknyer bunga kat sini...
Kali ni cantik En. Batu ambik gambar..
Permandangan cantik...
Belakang tu bukan kobis yer... Cactus..
Pokok Anggur, tapi takleh masuk...
Bunga Laya Lagi ler..
Bunga Laya bersaudara...
Dengan Bunga Burung Kasawari
Bunga ni betul macam burung
Abang encem...
Ikan pon banyak kat sini..
Maintain...
Time ni dah letih dah sebetulnya... hehe..
Macam kat negeri Omputih laks..
Mesin Pengisar
Dekat Kilang BOH
Ambik gambar sendiri...
Sempat lagi posing..
Mesin Pengering
Ambik gambar sendiri lagi..
Ni tak ingat mesin apa...
Salah satu hasil daripada teh tadi...
Mesin Pengasingan
Jumpa pon signboard
ewah.. Bergaya..
Ladang Teh BOH
Yang ni mintak tolong orang lain ambikkan gambar...
Ladang Teh BOH
Yang ni En. Batu ambikkan gambar...
Konon masuk ladang teh la nih..
Dok kat tangga..
Lihatlah duniaa...
Kat atas tempat makan..
Abang lak bergambar..
Permandangan Ladang Teh
Permandangan Ladang Teh
Permandangan Ladang Teh
Permandangan Ladang Teh
En. Batu, ambikkan lagi gambar..
Permandangan Ladang Teh
Aiyaa.. amoi, apa buat?
Kat dalam Transit
Bee Farm - Hujan la pulok..
Rumah Lebah..
Bee Farm - Hujan daa
Cantik tak?
Ini namanya rama-rama...
Ini pon rama-rama...
Yang ni pon rama-rama gak..
Yang ni tokeh rama-rama..
Banyaknya rama-rama...
Kat dinding pon ada..
Posing sikit..
Abang pon nak posing gak..
Nak pigang lelama la tuh..
Takut eeehh...
Rama-rama kat sini jinak-jinak..
Bunga pon ada gak..
Cantik tak?
Petik je yang...
Yang ni En. Kayu kot ambikkan gambar..
Cekik pokok cactus tuh..
Tengok bunga lagi..
Banyaknya Cactus
Gambar Ular
Ular Hijo..
Ulang Belang
Serangga Kayu
Serangga Daun
Cunnnyaa...
Petik, jangan tak petik..
Ladang Strawberry
Zoom jauh punya nih, tu pasal blur..
Geram je nak petik..
Ladang Strawberry yang Berpagar..
Ambik gambar dari luar jadilah..
Hari Kedua (31/10/2006) - Bahagian 1

Hari ni kiraorang bangun awal la jugak. Lebih kurang kol 5.30 pagi... Lepas mandi, sembahyang subuh, lepak-lepak jap tengok TV. Alamak... Kaki aku buat hal sikit la.. macam krem sikit-sikit... Takper, rehatkan kaki jap, baru pegi Sarapan kat bawah. Ikut pakej tu kitaorang dapat sarapan pagi nih, dia kata semalam kalau taknak makan kat bawah dia boleh hantar kat bilik. Ishh... takkan nak makan kat bilik lak kan, nanti takleh makan banyak-banyak... hehe...

Tepat, pukul 8.00 pagi Kitaorang pon turun la... Alamak, apasal sikit sangat orang sarap kat bawah nih? ish... musykil nih... apa kitaorang nak sarap pagi nih? Rupanya Roti sardin Kepit ngan roti bakar. Boleh kenyang ke nih? Lepas sarap lebih kurang sambil mengumpat Hotel nih, kitaorang pon lepak la tunggu Transport untuk Half Day Tour nanti... Rasa ngantuk pon ada gak nih, tapi tahan je la...

Kol 9.00 lebih baru Transit untuk ambik kitaorang sampai... Penuh Van Transit tuh... Tak berapa selesa la... Tapi orait la, takde la sampai berhimpit-himpit... First venue kitaorang pegi ni, Cactus Valley ngan Strawberry Park. Nak masuk Cactus Valley ni kena bayar tiket RM4 sorang dulu. Best gak kat sini.. Kalau korang pegi CH, memang wajib la korang masuk sini, kalau tak rugi... Sampai tak larat kitaorang jalan kat Cactus Valley nih... Kalau korang maleh nak beli cactus kat sini dulu pon ok pasal banyak tempat untuk beli Cactus kat tempat lain... Tak payah beli strawberry kering kat sini dulu, Pasal kat pasar nanti lagi banyak dia offer... Kat CH nih semua yang jual kat kedai ke, semua bukan harga tetap... Jangan lupa tawar harga dulu... Tapi aku silap strategi sikit... So, kalau korang pegi sini nanti naik transit, korang pegi Strawberry Park kat belakang tu dulu pasal kat situ free, korang round kat situ je dulu... Ok gak, pasal banyak kebun sayur. Cantik view kat situ... Tak payah masuk Cactus Valley dulu pasal masa terhad kalau naik Van Transit. Petangnya baru pegi sendiri, baru sempat jelajah semua tempat... hehe...

Pastu dalam pukul 10.00 pagi baru bertolak pegi destinasi ke 2 iaitu Ladang Teh BOH Sg. Palas. Kalau korang pegi sendiri susah sikit naik atas nih pasal jalan kecik, bengkang-bengkok pulak tuh... Jalan sebelah lereng, memang seram sikit... So, kalau sampai sini jalan la puas-puas, mungkin korang tak sanggup nak pegi sendiri kat sini.. Kalau teringin gak nak pegi ladang teh, korang boleh pegi Cameron Valley, kat Tanah Rata. Kat situ view lagi cantik.

Lepas puas bergambar dan beli-belah product BOH sikit, kitaorang pegi ke lokasi ke 3 iaitu Bee Farm. Nasib malang gak bagi kitaorang pasal time ni Hujan turun, so, tak dapat nak jalan-jalan tengok permandangan kat sini. Tengok dari atas memang cantik pasal penuh dengan bunga. Pasal tak dapat nak pegi jalan kat situ, kitaorang naik pegi pasar kat sebelah Bee Farm ni jer. Pasar ni la maksud saya jual dengan harga lebih murah. Tapi korang kena pandai main tarik-tarik harga ngan peniaga tu. Kalau beli sayur pastikan korang boleh dapat 14 pack RM10. Bunga kering tu tak payah. Penipu besar!!! Kalau dia kata tahan setahun, sebetulnya tahan seminggu dua jer... Bunga Ros lagi la, tahan sehari jer, bunga terus kiok... Tapi memang diaorang jual murah-murah... Kalau nak beli gak, sila la... Mungkin korang tertarik dengan offer diaorang 5 bungkus RM10 ker... Jangan terus setuju, buat-buat taknak beli, confirm dia tambah lagi bilangan bungkus... Pandai-pandai korang la.. Nanti sapa pegi bagi feedback kat Fotopages ni yer...

Seterusnya kami dibawa ke Butterfly Farm. Kena bayar RM5. tak berapa best la kat sini, macam tak berbaloi RM5 tuh... Tapi takkan korang nak melepak je kat atas tu kan... Kat sini selain rama-rama, ada jugak ular dan Serangga pelik-pelik. Bunga dan Cactus pon ada gak... Kalau jalan tuh, hati-hati pasal banyak rama-rama kat atas lantai, takut terpijak nanti.

Lebih kurang pukul 12.30 venue terakhir kitaorang hari tu, kami di bawa ke Strawberry Farm lagi. Tapi kali ni tempat untuk membeli barang-barang strawberry segar. Kitaorang tengok je la pasal macam mahal jer. Nasib baik kitaorang dah survey dulu kat Pasar tadi, harga lagi murah. Tapi kalau nak rasa Strawberry segar boleh la beli kat sini. Lain rasanya kalau makan Strawberry segar. Harga Strawberry segar memang standard camtuh... Kitaorang dihantar balik ke hotel lebih kurang pukul 1.00 ptg.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net