~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Oct-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Honeymoon di Cameron Highland Hari Pertama

Hotel yang kitaorang duduk
Bergambar depan Kedai Cenderamata
Depan Strawberry Corner
Depan Strawberry Corner
Depan Strawberry Corner
Depan Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Kat dalam Strawberry Corner
Ais Krim Strawberry
Tengah Makan Ais Krim Strawberry
Tangkap gambar dari luar jer...
Multicorp Central Market
Multicorp Central Market
Aiskrim tadi lagi
Dari luar pagar
Depan bilik hotel
Makan Malam kat Marrybrown
Hari Pertama (30/10/2006)

Pagi ni sempat lagi tolong mak ngan abah kat kantin Sekolah Selisek. Lepas tu balik rehat-rehat, dalam pukul 10.00 pagi baru kitaorang bertolak.

Dah siap segala persiapan, kami bertolak dari Sungai Selisek, berdekatan Plaza Tol Behrang, Tapi rasanya nak jimat tol sikit kitaorang ikut jalan dalam sampai Slim River baru keluar NKVE. Trafic pon clear time tu... Maklumlah, time tu kan Hari bekerja sebetulnya.

Sebelum bertolak ni sebetulnya kitaorang dah survey dah hotel mana yang ok, last-last kitaorang pilih hotel Rainbow, Kitaorang ambik Pakej punya, RM210 dengan penginapan 3 hari 2 malam, dapat 1 Breakfast, 1 Makan Malam dan "Half Day Tour". Orait la kan.... Hehe... Kalau ikut kata-kata tu memang best la... Tapi jangan seronok dulu, nanti cuba check hari ke dua apa yang terjadi... Satu kesudahan yang tak tersangka-sangka...

So, kitaorang masuk NKVE dekat Plaza Tol Slim River, jalan terus sampai Plaza Tol Tapah.. Berenti jap rehat-rehat.. Letih gak pasal perjalanan dalam masa sejam lebih gak... Lepas tu nak kembalikan tenaga gak pasal perjalanan ada dalam 2 jam lagi nih... Sempat gak makan jambu batu tanpa biji kat RnR Tapah. Menyesal rasa sikit, dah kena beli... kalau tak tak puas makan jambu tu... sedap betul... ish... ingat balik nak singgah beli banyak sikit... Lepas tu pegi buang air kecik... Alamak jauh rupanya kena jalan kalau nak buang air. Silap-silap boleh sesat pasal tanda arah tak berapa nampak.. Sampai kat tandas, peehhh... Besar giler tandas dia... besar dari rumah aku... ish... bersih pulak tu.. tempat melepak pon ada.. kalau la tandas awam kat Shah Alam camni barulah logik bayar yuran dua posen...

Lepas membuang apa yang patut, baru la kitaorang jalan balik ke destinasi utama iaitu Cameron Highland.. Ikut apa yang si Delima tu cakap (http://delima.fotopages.com) kalau ikut Tapah, jalan macam ular kena palu... Dicadangkan jugak ikut jalan Simpang Pulai yang beza jarak agak besar jugak iaitu dalam 50Km.. Tapi pasal nak berjalan punya pasal, kitaorang ikut Simpang Pulai. Dari RnR Tapah ke Simpang Pulai jaraknya ada la dalam 46Km. So, dalam setengah jam lebih sikit kitaorang dah sampai Tol Simpang Pulai.. Keluar je Tol, terus belok kanan, pastu kanan lagi, jalan terus jer... Ikut Signboard Brinchang/Tanah Rata. Best view kalau ikut sini, tapi ada satu kelemahan... Takde apa-apa perhentian untuk melepaskan air yang kecik... Satu Jam setengah kena jalan dari Simpang Pulai ke Brinchang... Pasal Hotel kitaorang kat Brinchang.. Lepas check-in, lepak-lepak kat bilik jap.. rehat.. Kaki macam nak krem pasal jalan boleh tahan jauh gak, dahtu jalan pon boleh tahan peningnya...

Dah ok sikit, dalam pukul 3.30 ptg kitaorang turun jalan-jalan... Mula-mula pegi Tanah Rata, carik tempat nak makan malam, malam ni.. Kat bawah tu ada kedai, tapi kedai India ngan Cina jer... Baik punya tayang iklan Carlsberg ngan Tiger kat dinding kedai... Kalau biskut Tiger takpe la jugak. Ingat nak carik Fastfood restoren je la.. macam KFC ngan McD ker... Last-last jumpa Marrybrown kat Tanah Rata. Kira bolehla... Pastu patah balik... Tak tau nak pegi mana, so, jalan je terus sampai Multicorp Central Market. Pasal banyak view menarik, kitaorang singgah la ambik gambar, tengok-tengok apa yang patut... Best jugak... Dalam dia ada bunga, cactus dan macam-macam lagi... Sempat la jugak makan strawberry Aiscream.. Aku tak berapa minat sangat... Tapi my Wife boleh tahan la suka... Tepi kedai tu ada jugak tanam strawberry, tapi takleh masuk, berkunci... Seberang jalan ada Cactus Point, tapi pasal dah kol 5.20 ptg lebih, kitaorang cadang nak pegi nanti je kat situ... So, jalan balik ke brinchang. Nampak signboard Strawberry Farm kat simpang Hotel Star Regency. Masuk Percuma!!! Apa lagi, kitaorang masuk la. Tapi tengok nak masuk tu jauh ke dalam lagi. Dah la, esok la baru pegi, pasal esok ada Half Day Tour, mesti dia bawak ke sini gak nanti.

Ada masa lagi petang ni, kitaorang carik kedai cenderamata, kalau ikut Peta ni, ada kat depan hotel ni jer.. Jalan-jalan sikit, baru jumpa... Tengok barang tu nak beli, barang ni pon nak beli... Last-last tak beli apa-apa lagi... Nanti la masa masih banyak lagi... Sebelah hotel kitaorang ni ada Pasaraya Jimat.. Senang la sikit nak carik makanan buat kunyah-kunyah malam nanti... Patu baru naik hotel. Mandi-mandi, lepas Maghrib lepak jap... Pelik, TV3 takde kat hotel ni, call receptionist, dia kata TV3 susah nak dapat kat sini.. Ish.. takleh la nak tengok Diari Ramadan Rafique. Ah... try la sendiri carik, last-last dapat gak... yesss...

Malam

Dalam kol 8 lebih sikit baru kitaorang kuar nak pegi makan malam. Terus gi Tanah Rata kat Marrybrown tuh.. Wife order nasik lemak Marrybrown... Aku order set ayam sebijik macam KFC.. Not bad la, sedap jugak... Rate standard je, macam kat Shah Alam gak... Lepas tu kitaorang terus balik, lepak-lepak... Tidur jerr... Sambil tengok citer Biar Betul... Tamat dah hari pertama...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net