~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Aug-2007 20:00 Email | Share | Bookmark
Kenduri Jamil & Ezna

Macam kitaorang lak yang nak kawen..
Ayang Abang..
 
 
 
On The Way... Ain dah call 4 kali dah time nih.. hehe..
Tengah merajuk...
 
Dah ok sikit.. hehe..
Pengantin Baru
Pembaca Doa
Sempat Karaoke lagi
Al-kisah, sambungan daripada yang bawah la nih..
Bos dah pesan suruh datang awal sikit, tapi pasal kecik hati masih terasa lagi, So, kami pegi lepas solat Maghrib kat rumah... Sempat lagi makeup dan buat apa yang patut kat rumah... Sampai sana pukul 8 lebih.. Boleh tahan gak la ramainya orang. Mana meja untuk Staf nih? Jumpa member, terus pegi situ jer...

Belum sempat bernafas, dah kena panggil untuk siapkan screen kat depan untuk paparan Video Montaj perkahwinan diaorang... Aku kagum gak la ngan 2nd bos aku (Noreen) pasal boleh buat Montaj camtu punya best... Aku anggarkan montaj dia kalau dibayar boleh mencecah RM2000.00. Tapi takper.. Dia sanggup buat percuma tuh.. demi Dato' K... hehe... Kalau aku, mungkin tak sanggup... Kalau bayar ok... Terpaksala tinggalkan isteri tercinta demi nak menyiapkan kerja sikit... Kalau boleh mintak OT ni best gak... Tapi takder.. sedih kan...

Aku nak komen sikit la pasal malam tu, Majlis ni terlalu kebaratan sangat la.. Terlalu mengikut majlis perkahwinan omputih.. Doa dan selawat just sampingan jer... Tak nampak pon sebarang impact... Baju-baju orang yang datang pon, mak uii... Tak sampai hati aku nak tempek kat fotopages nih... (Memang mula-mula nak tempek jer, biar korang nampak sendiri)

Pastu, aku tengok sedara mara pon ada yang kat luar lagi. Bagi aku kalau kenduri nih, kena la utamakan sedara mara.. Lagipon meja tak cukup.. Tapi sorry, aku dah letih keje angkat susun meja kerusi siang tadi... Kalau ayang aku tak dapat duduk, memang nak kena la maknanya tuh...

Kitaorang balik lepas pukul 10.30 malam. Tak dapat apa-apa pulak tu, ingatkan dapat la cenderamata ker, ini takdak... Nasib baik bos aku ada bagi coklat yang dia dapat untuk wife tersayang aku. Kesian gak kat member lain pasal tak dapat... MC malam tu sampai tak dapat makan... lawak tak? dah la tuh... Kalau aku membebel ni mungkin sampai 3 m/s pon tak cukup... ini pon dah cantas sikit...

*Sorry, emosi sikit...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net