~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-May-2007 21:00 Email | Share | Bookmark
Pizza 'de Fieza's..

Pizza Nombor 1
Pizza Nombor 2
Full Version
Blum Masak
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Makan ala barat la pulak malam nih...



Ni kita buat...



Nie pulak Hubby yang buat..

Semalam tengork fp mayang (http://zaidatulazra.fotopages.com )..
Tgk dia ada masak pizza..menyelerakan betul..
Balik keja terus ajak huby pegi beli bahan nak buat pizza..
Sampai kat kedai tanya kat aunty kedai tu..nak beli tepung buat pizza..
Terus dia bagi doh yg dah siap..
Ini sudah bagus..5 keping = RM 4.60..
Tinggal nak letak topping jer..
Jadi dinner tuk malam nie..ialah pizza..
Tak tahulah pizza apa..
Main tabur-tabur jer..

Bahan-bahan untuk Sos Pizza

3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar di potong dadu
2 biji bawang putih di potong dadu
Sedikit ayam cincang ( ikut suka nak letak bayak mana )
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ sudu kecil serbuk cili
½ susu kecil pepper
1 sudu kecil oregano
Secubit garam & gula

Panas minyak..tumis bawang sehingga layu
Masuk ayam sampai ½ masak..
Masuk tomato puree, sos cili, sos tomato,
Masuk serbuk cili, pepper, garam dan gula secukup rasa dan oregano
Masak hingga pekat

Untuk Topping

Sosej ayam
Hirisan isi ketam
Cili benggala hijau dan merah,
Hirisan tomato,
Sedikit mayonis
Hirisan Cendawan Butang
Keju mozarella

Letakkan sos pizza..
Tabur bahan untuk topping
Letak mayonis, pastu keju Mozarella
Bakar kat oven dalam suhu 180 degree
Dalam masa 15-20 minit..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net