Want your
own Fotopage?








 
~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-May-2007 13:30 Email | Share | Bookmark
Buat Kek Belang-belang..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nie kek yang kita buat sebelum pegi umah balqis..
kira buah tangan tuk Ummi Balqis, Ayah Balqis ngan Mak Lang Balqis..
Tapi Balqis tak boleh makan...
Sebenarnya kek nie kek mable..di sebabkan tiada Coklat..
inilah hasilnya..resepi fieza dapat dari fp kak Hanilieza..
hubby kata sedap..tapi kita nie jenis suka buat jer..
makannya kureng....



Resepinya.
~~~~~~~~~

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

bahan B
240 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder...] ayak bersama
1 s/k pewarna merah
1 s/k pewarna hijau

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan merah, Satu bahagian ditambah dengan hijau dan satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari ketiga-tiga bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 180 C.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net