~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Jan-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Confirm!! Doktor Saemah jumpa dalam masa tak sampai seminit....

First Check 06012007
Second Check 11012007
Double Check
Panjang Ceritanya....

Tarikh : 6 Januari, 2007
Hari ni Fieza teringin buat check pregnancy di rumah. Berdebar-debar, bila nampak je double line... wooww... seronoknya tak terkata.. first time ni double line, selalunya satu line jer... So, tanpa berlengah lagi kitaorang pon berangkatlah ke klinik yang selalu kitaorang pegi iaitu Klinik Soraya, Seksyen 3, Shah Alam. Malangnya time kitaorang sampai dah dekat tengahari tu, Klinik Soraya dah tutup. So, carik-punya carik kitaorang pegi la satu klinik ni... Nama Klinik ni Klinik R_H_N_ , Sek.9, Shah Alam. Lepas buat Ultrasound doktor tu kata la tak nampak lagi, mungkin pasal kecik sangat lagi... Datang lagi 2 minggu.... OK.. fine... Kitaorang boleh terima kenyataan macam tuh... Dengan Bil sebanyak RM40 kitaorang dapat pil Acid Folic jer.... So, kitaorang balik dengan perasaan sedikit dukacita pasal tak dapat meraikan pengumuman ini lebih awal.

Tarikh : 11 Januari, 2007
Hari ni Fieza tak puas hati dengan result 6hb ari tuh, so semalam dah beli tester ke 2. Kali ni beli jenama lain pulak. untuk confirmkan betul-betul... dah sah memang keluar line ke dua... fuhhh... lega... Tak sabar tunggu 20hb ni untuk check sekali lagi...

Tarikh : 20 Januari, 2007
Hari yang ditunggu dah sampai... Berdebar-debar sangat... Kitaorang pon pegi la Klinik _O_A_A tuh... Lepas check berat dan tekanan darah, Buat sekali lagi Ultrasound... Puas doktor ni membelek dalam 2 minit agaknya... lepas tu masih lagi cakap tak nampak... pastu yang aku tak tahan, dia kata mungkin ini.. sambil menunjuk objek yang kabur-kabur... Lepas tu suruh datang lagi 2 minggu. aiii??? asik 2 minggu je, bila nak tau result nih?? Fieza cukup tertekan time tuh.. apatahlagi lepas check tekanan darah dia kata Fieza ada darah tinggi. Untuk pantau darah tinggi dia suruh datang 23hb nih... Lepas tu bagi Pil Tahan Muntah dan Bil RM42. Teruk la camni... tak muntah lagi pon dia dah bagi Ubat tahan muntah. kitaorang betul-betul keliru dan tertekan time tuh....

Tarikh :23 Januari, 2007
Akhirnya kitaorang putuskan untuk tak akan menjejakkan lagi kaki ke klinik Seksyen 9 tuh... Macam nak mencekik duit jer... Kitaorang putuskan untuk pegi Klinik yang biasa kitaorang pegi iaitu Klinik Soraya di Seksyen 3, Shah Alam. Lepas menunggu seketika, Kami pon masuk dan terangkan serba sedikit mengenai masalah kami. Time scan tu, tak sampai seminit boleh nampak dah baby kami, walaupon masih lagi kecil tapi nampak jelas dia berdegup... Maybe still dalam minggu yang ke 6 atau 7... Doktor tak dapat pastikan due lagi, tapi terus terang dia kata memang itulah dia dan alhamdullillah, dalam rahim... Tak terkata gembiranya kami bila doktor tu ucapkan tahniah kepada kami berdua... Terima kasih Dr. Saemah... Lepas sebulan baru datang situ balik... Tanya jugak apsal tak ambik tekanan darah dan berat badan? Dr. tu kata masih awal lagi, bulan depan baru start check... So, apa ke heynyer Dr. lagi satu tu kata Fieza ada darah tinggi lak? Tau berapa bil kat situ? Baru RM35 sahaja... menyesal lak tak pegi situ je dulu tuh... Takpelah, asalkan semuanya selamat... Tahniah mama.... -dari papa...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net