~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 18-Feb-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
Alhamdulillah..Sabar menanti kelahiran mu..





Kehadiran mu..amat dinantikan..semoga sehat, sempurna dan selamat di lahirkan..insyalah..

"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu...Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu...

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal...Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam...Amin..."


Tuesday, 17-Feb-2009 13:30 Email | Share | | Bookmark
Babah dan Ibu baru...

 
Alhamdulillah.. Setelah bermacam dugaan, berbagai rintangan kami lalui.. kini kami bergelar Babah dan Ibu kepada Muizuddin Haqimi bin Hisamudin.. Cahaya Mata kesayangan Shamz dan Fieza...

Tepat pukul 12.15 tgh, Fieza telah ditolak untuk menjalani pembedahan caesarean. Ini disebabkan konstraksi awal yang dialami Fieza sejak malam tadi lagi... Lepas doktor check, rupanya sudah terbuka sebanyak 2 cm. Apa lagi, doktor pakar tu pon selaju-lajunya membooking bilik OT untuk pembedahan kecemasan. Kalau ikut scanning semalamnya, berat baby kami adalah 4.2 kg. dan ini agak besar untuk bersalin secara normal.

Lebih kurang pukul 1.30 selepas itu, nama waris kepada Norafiza dipanggil.. Alhamdullillah.. Pembedahan telah terlaksana dengan jayanya.. Cuma, bagi langkah berjaga-jaga, baby kami terpaksa ditempatkan di Wad 6C, iaitu tingkat 6... Sedihnya susah nak cakap kerana terpaksa berpisah dengan anak kesayangan, tapi demi kesihatannya, saya turutkan sahaja... Oh.. lupa nak cakap, berat sebenar baby cumalah 3.6 kg sahaja... hehe..

Alhamdulillah, baby kami sihat wal'afiat.. kalau takde aral, esok bolehlah Fieza mula menyusukan baby Muiz..



Insyaallah, saya akan update dari masa ke semasa cerita unik kami ini.. Penantian 5 tahun, berakhir hari ini... Sungguh terharu rasanya... Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doa kami.. HambaMu yang lemah...

***Kalau nak tengok sedikit video yang sempat saya ambil, klik kat sini...***
http://www.4shared.com/file/88101716/3727e196/17022009004.html


Tuesday, 17-Feb-2009 01:51 Email | Share | | Bookmark
Update dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Suasana Bilik Kelas 1 HTAR
Suasana Bilik Kelas 1 HTAR
Rambut dalam kenangan.. Esok nak botakkan kepala..
View all 6 photos...
Setelah pemeriksaan dilakukan pada hari semalam. Fieza terpaksa bersalin melalui kaedah Pembedahan Caesarean kerana baby kami sudah agak besar. Risiko sekiranya bersalin secara normal adalah agak bahaya, jadi kami setuju untuk memilih kaedah ini.

Harap rakan-rakan semua dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan Fieza serta baby dalam kandungan. Pembedahan tersebut akan dilaksanakan pada 18/02/2009. So, itu jugaklah tarikh lahir baby kami nanti.. Tunggu update seterusnya esok.. Insyaallah, kami akan dedahkan nama baby esok... Tunggu...

*Tengah berdebar-debar nih... Fieza lagi kesian... Takleh nak tidur langsung... Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar... esok aku akan menjadi seorang ayah... yeaaa...


Quote:
Terkini!!! 10.00 AM
Fieza dah mengadu kesakitan sejak malam tadi, ada kemungkinan Pembedahan Caesarean akan dilaksanakan pada hari ini... Semua mintak tolong doakan yer... Nak pegi Hospital dah nih...


Tuesday, 10-Feb-2009 10:00 Email | Share | | Bookmark
Fieza Masuk Wad... (Terkini!!!)

 
Hari ni macam biasa la.. ada buat checkup mingguan...
Akhirnya Fieza kena tahan kat Wad..
Alhamdullillah, Baby sihat seperti biasa..
Mungkin untuk mengelakkan sebarang kompilasi, Fieza dimasukkan ke wad...
Inilah dia sedikit gambar untuk tatapan kengkawan Fieza...
Minta semua doakan kesihatan dan keselamatan Fieza dan baby kami berdua ini...
Hanya Allah jualah yang dapat membalas jasa baik sahabat sekalian...


Quote:
Update..
11/02/2009
-Booking dari semalam lagi untuk pindah wad kelas 1 kat HTAR, petang ni baru ada kosong. Untuk k/tangan kerajaan deposit cuma RM280 sahaja. Alhamdullillah... Selesa sikit Fieza...
-Doktor ada buat scan hari nih, tapi takde cakap apa-apa pulak.. Kemungkinan doktor tunggu kandungan 38 minggu... Maknanya minggu depan la...
Takpe la... Asalkan semuanya selamat.. cukup..




Saturday, 7-Feb-2009 15:30 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Doa Selamat untuk Fieza di Kampung

 
 
 
Hari ni alhamdullillah...
Termakbul juga hajat kami untuk buat Kenduri doa Selamat.. Kecil-kecilan jer...
Tapi yang penting keberkatannya.. betul tak??
Fieza pon agak sihat gak hari tu..
Sempat lagi buat agar-agar special dia tuh...
Tapi.. confirm.. memang sedap...
cuma agak leceh membuatnya...

Inilah dia Agar-agar Laici tersebut...

Suasana Sekitar Kenduri Doa Selamat...

Gambar Terbaru Mak Buyung...




[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net