~::..Kasih Nan Abadi..Selamanya..::~ Babah, Ibu dan Muiz...

By: Shamz Fieza Muiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 15-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Cukur Rambut dan Aqiqah Muizuddin Haqimi...

 
 
MUIZUDDIN HAQIMI BIN HISAMUDIN

Anakanda ku yang tersayang... Alhamdullillah, Muiz tak banyak meragam masa Majlis tu... Maklumlah... First time masuk buai... sampai sekarang ni, asyik nak berbuai aje...
Semoga Majlis kami ini dirahmati oleh Allah S.W.T dan beroleh keberkatan...

Kambing Aqiqah Muiz...

Gambar Semasa Majlis berlangsung...



Saturday, 14-Mar-2009 10:30 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru... Azuwa dan Fauzi...

 
Selamat pengantin baru diucapkan... Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...
Untuk tatapan semua, hanya gambar ini dapat disiarkan, kerana gambar perkahwinan
ada pada Mak Andam... Saya cumalah mengambil gambar secara Digital Video...
Serba sedikit lah....




Tuesday, 10-Mar-2009 22:30 Email | Share | | Bookmark
Perkembangan Muiz

 
 
MUIZUDDIN HAQIMI BIN HISAMUDIN

Hari ni dengan kesempatan masa yang tak seberapa, sempat jugaklah saya siapkan sedikit gambar untuk tatapan semua yang merindui Muiz...




*Alhamdulillah.. Ibu dan Muiz dalam keadaan sihat wal'afiat... Cuma minggu lepas Muiz kena Ruam sikit, tapi dah baik dah... Asyik meragam je sekarang nih... Kalau Babah dia keje, lagi la dia meragam.. Berat Muiz sekarang dah 4.1 Kg, berbanding semasa lahir dulu 3.6 Kg.


Thursday, 19-Feb-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
Muizuddin Haqimi...

 

MUIZUDDIN HAQIMI BIN HISAMUDIN


Cerita di sebalik Nama Muizuddin Haqimi

Nama Muiz ini muncul setelah beberapa bulan Shamz dan Fieza mendirikan rumah tangga. Masih teringat lagi ketika itu, bagaimana bagi kami menyatukan nama kami berdua, dan dalam masa yang sama mempunyai makna yang mendalam. Setelah dicuba beberapa rangkaian nama, akhirnya menjadilah Muiz iaitu MU daripada Hisamudin dan IZ daripada Norafiza. Alhamdullillah... Makna Muiz juga bagus iaitu Pendokong.. Bagi menjadikan Maknanya lebih baik lagi, Kami sambungkan lagi namanya terus kepada Muizuddin atau bacaan Arab yang sepatutnya Mu'izzuddin... yang bermaksud Penyokong / Pendokong agama... Seterusnya.. Kami tambah lagi dihujungnya untuk menjadikan satu makna yang cantik sekali.. iaitu Muizuddin Haqimi yang bermaksud "Pendokong Agama yang Bijaksana..." Insyaallah... Mudah-mudahan diberi keberkatan oleh Allah SWT. Nama ni tak rasmi lagi pasal belum keluar MyKid.. hehe... Tapi, insyaallah.. Takde ubah-ubah dah...

5 Tahun Yang Mencabar...

Kami telah mengharungi kehidupan yang agak mencabar dalam 5 tahun ini. Ada juga yang pernah tiba-tiba menasihati agar jangan merancang keluarga secara tiba-tiba hanya kerana kami belum dikurniakan cahaya mata, sedangkan kami amat berjuang untuk mendapatkan cahaya mata dari hari pertama kami bergelar Suami Isteri. Ada juga yang mencerca mengatakan Fieza mahupun saya sendiri dengan kata-kata yang tidak sepatutnya mereka ungkapkan... Mungkin akibat daripada stress itu sendiri menyebabkan Fieza agak sukar untuk mengandung masa itu walaupun Fieza dan saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang serius... Alhamdullillah, pada masa itu, saya masih punya kewarasan untuk bersabar dan menganggap tujuan mereka-mereka mengata kami itu adalah untuk mendoakan agar kami cepat mendapat cahaya mata. Dan straight to the point bagi sapa-sapa yang mengadu kepada saya sendiri macam-macam kata-kata yang tak sepatutnya, saya terus mengatakan supaya mereka juga turut mendoakan agar kami mendapat cahaya mata dan tak guna mencerca dengan kata-kata sedemikian. Alhamdullillah, selepas itu, orang yang sama tidak lagi mengatakan perkara sedemikian lagi kepada saya.

Berkat doa teman-teman.. Alhamdullillah, Fieza telah mengandung buat kali yang pertama pada tahun 2007, iaitu semasa Allahyarham Ibu saya masih lagi hidup. Tetapi pada masa itu rezeki tak menyebelahi kami kerana Fieza keguguran pada masa usia kandungan belum sempat mencecah 3 bulan. Allahyarham ibu saya pernah mendoakan sebelum beliau meninggal dunia agar kami dapat cahaya Mata yang soleh/solehah... Malangnya Allahyarham ibu saya telah meninggal dunia sebelum sempat bertemu cucunya yang sorang ni... Sekarang kami berbagahia kerana keluarga kami telahpun lengkap dengan adanya kehadiran Muiz yang amat kami sayangi... Doakanlah agar kebahagiaan kami berkekalan hingga ke akhir hayat...


Wednesday, 18-Feb-2009 13:33 Email | Share | | Bookmark
Muiz di hari ke dua...

 
Hari ni Muiz dan berumur sehari... Kalau nak ikut betul-betul dalam jamnya la...
Hari ni terpaksa menunggu sampai pukul 5.00 ptg baru dapat jemput Muiz untuk turun bersama dengan Ibunya. Nasib baik la jugak dapat turun hari nih... Insyaallah, esok Fieza dah boleh discharge dari wad. Kalau takde aral jugak, kami akan terus bertolak balik ke Selisik pada esok hari juga.. So, minta maaf la pada pengikut FP nih.. update seterusnya berkemungkinan pada minggu hadapan.. Kat kampung takde line 3G.. jadi Berukband kami nih takleh support Internet kat situ...

Hari ni jugak, dapatlah saya menangkap berbagai aksi menarik daripada Muiz untuk tatapan semua.. Buat pengubat rindu korang semua la yer... hehe...

Untuk geng office pulak, mintak mahap la.. Tak sempat nak turun office la minggu nih... Minta maaf kalau ada apa-apa kerja yang tergendala... Maklumlah, operation terkejut.. Ingatkan sempat lagi siapkan kerja untuk hari selasa ari tuh, tapi rupanya Muiz dah tak sabar nak kuar jumpa Babah dan Ibu dia... Sila tinggalkan comment untuk disampaikan kepada Muiz yang comel tuh...



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net